Dasar Privasi — misiBijak

Kemaskini terakhir: 14 Ogos 2026

misiBijak ialah aplikasi permainan edukasi matematik untuk murid sekolah rendah (Tahun 1–6). Dasar ini menerangkan data apa yang kami kumpul, kenapa, dan bagaimana ia dilindungi.

1. Data yang dikumpul

2. Cara data digunakan

Data digunakan semata-mata untuk menjalankan fungsi aplikasi: mengesahkan log masuk, menyimpan dan menyegerakkan kemajuan permainan antara peranti, dan memaparkan laporan kemajuan. Kami tidak menjual atau berkongsi data dengan pihak ketiga untuk tujuan pengiklanan.

3. Iklan dan penjejakan

misiBijak tidak mengandungi iklan dan tidak menggunakan SDK analitis/penjejakan pihak ketiga. Tiada pemprofilan tingkah laku dilakukan ke atas kanak-kanak.

4. Notis khas untuk kanak-kanak

Aplikasi ini direka untuk digunakan oleh kanak-kanak di bawah pengawasan ibu bapa/penjaga. Pendaftaran akaun memerlukan log masuk Google oleh ibu bapa/penjaga. Kami mengumpul data seminimum yang diperlukan untuk fungsi permainan, tidak memaparkan sebarang iklan bertarget, dan tidak membenarkan komunikasi antara pengguna (tiada sembang, tiada perkongsian kandungan awam).

5. Perkongsian data

Data disimpan di pelayan backend kami sendiri dan tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga, kecuali penyedia infrastruktur (seperti hosting pelayan) yang diperlukan semata-mata untuk menjalankan perkhidmatan.

6. Simpanan dan pemadaman data

Data disimpan selagi akaun aktif. Ibu bapa/penjaga boleh memohon pemadaman akaun dan semua data berkaitan pada bila-bila masa dengan menghubungi kami di bawah.

7. Hubungi kami

Sebarang pertanyaan mengenai privasi atau permohonan pemadaman data, sila hubungi: amirizz1989@gmail.com